Wednesday, June 3, 2009

ADAB SELEPAS MAKAN














(1) Hendaklah berhenti makan, sebelum merasa terlalu kenyang.


(2) Membasuh tangan, kemudian membersihkan celah-celah gigi dari makanan yang terselit.


(3) Hendaklah ia bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati terhadap makanan yang telah direzekikan, dan menganggap makanan itu sebagai nikmat dari Allah. Allah telah berfirman:


Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaanNya. (al-Baqarah: 172)

ADAB SEMASA MAKAN














1) Hendaklah memulakan dengan membaca Bismillah pada mula menyuap makanan, dan bila selesai makan, dia mengucapkan dengan Alhamdulillah pula. Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersama-samanya.

(2) Hendaklah ia menggunakan tangan kanan.


(3) Hendaklah sedaya upaya, ia memperkecilkan suapannya.


(4) Hendaklah ia mengunyah makanan yang dimakan itu baik-baik dan selagi makanan itu belum di telan, janganlah pula ia mengambil yang lain. Kerana yang demikian itu dikira gelojoh.


(5) Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sebarang makanan yang dihidangkan kepadanya, tetapi jika suka dimakannya; kalau tidak ditinggalkannya saja.


(6) Hendaklah ia memakan makanan yang ada berhampiran dengannya saja, kecuali jika makanan itu merupakan buah-buahan maka bolehlah ia menghulurkan tangannya.


(7) Jangan letak piring atau sebagainya di atas roti atau lain-lain makanan, melainkan jika barang-barang itu memang mahu digunakan untuk memakan.


(8) Jangan mengesat tangannya dengan roti atau dengan makanan yang lain. Jangan meniup makanan yang masih panas, tetapi hendaklah ia bersabar, sehingga makanan itu sejuk dan mudah untuk dimakan.


(9) Kalau memakan kurma, jangan diletakkan bijinya dengan kurma itu dalam satu bekas, ataupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji yang dikeluarkan dari mulutnya itu diletakkan di belakang tapak tangannya lalu dibuang. Demikian pula caranya dibuat pada buah-buahan yang lain yang berbiji atau berkulit.


(10) Janganlah dibiarkan makanan yang sudah basi bercampur dengan makanan yang baik, atau diletakkan bersam dalam satu piring, tetapi hendaklah mengasingkannya pada bekas yang lain, supaya tidak mengelirukan orang lain yang ingin memakannya.


(11) Jangan terlalu banyak minum ketika makan, kecuali kalau tercekik oleh makanan itu, ataupun jika ia memang betul-betul dahaga.

ADAB SEBELUM MAKAN










1.
Makanan itu mestilah dari yang halal dan cara memperolehinya juga harus secara halal

2. Makan memulai dengan yang letaknya terdekat kecuali bila macamnya berbeda maka boleh mengambil yang jauh.

3.
Bila memakan sesuatu makanan,sepatutnya diniatkan memakan kerana bertaqwa kepada Allah dan kerana menguatkan badan untuk menjalani ketaatan kepada Allah Ta’ala supaya dengan yang demikian, dia boleh menjadi seorang yang taat pada mengerjakan ibadat.


4.
Hendaklah ia sentiasa redha dengan makanan yang terhidang di hadapannya, yakni rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya.

5.
Sebaik-baiknya, makanan yang terhidang itu dimakan oleh tangan yang banyak (makan beramai-ramai)


Tuesday, June 2, 2009

pertambahan ilmu baru

satu lagi ilmu yang selama ini ana ingin belajar, akhir di IPGM ini dapat juga ana tahu serba sedikit tentang ilmu ini,insya Allah segala ilmu yang ada takakn dipersiakan

salam permulaan

Assalsamualaikum dan salam sejahtera....
terima kasih buat ustaz cikgu Tuan Haji Tengku Zawawi diatas segala ilmu yang diajar.